PENGENALAN
Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.
Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak
mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa
aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik
iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan
susunan aturan (ordering). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan
membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di
kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian
objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan
meletakkan perkara sepanjang satu barisan.
Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak
mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat
yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget,
Bruner, Gagne dan Dienes.
TEORI PIAGET
Teori ini diperkenalkan
oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang
banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Dari kajian
dan permerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat
peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2
tahun), pra-operasi ( 2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal ( 11 tahun ke dewasa). Walau
bagaimana, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.
Menurut Jere Confrey (1999),
“ Piagetian theory kindled my intense enjoyment of
children and deep respect for their capabilities.”
Sebagai seorang guru
matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan
kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika
usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui
pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu
murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat
bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan
kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnya
penting untuk perkembangan mental.
TEORI BRUNER
Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).
Menurut kajian dan pemerhatian
yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963
mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon
Sang, 1996) iaitu:
Teorem Pembinaan
Cara yang paling berkesan bagi
kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina
perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.
Teorem Tatatanda
Tatatanda matematik yang diperkenalkan
harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut.
Teorem Kontras dan Variasi
Teorem Kontras dan Variasi
Konsep
yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat
membezakan konsep-konsep matematik tersebut.
Teorem Perhubungan
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran
matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik
yang lain.
Selain daripada kajian
tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah
yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya
tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu.
TEORI GAGNE
Robert M. Gagne,
seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan
mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik.
Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne,
terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh
kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.
Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.
Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.
TEORI DIENES
Professor Zolton P. Dienes,
seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak
sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang
berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan
berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik
boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan
berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan
simbol dan akhirnya formalisasi.
Teori Dienes
mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu:
Prinsip
Konstruktiviti
Pelajar
haruslah memahami konsep sebelum
memahaminya dengan analisa yang logik.
Prinsip Perubahan Perspeptual
Prinsip Perubahan Perspeptual
Kanak-kanak
didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.
Prinsip Dinamik
Prinsip Dinamik
Kanak-kanak
mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep.
KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK
Setelah melihat
teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner,
Gagne dan Dienes
kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep
konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran
yang menarik minat, memotivasikan
serta memudahkan
pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan
kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif
berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan
pengetahuan tersebut boleh dihasilkan
melalui permainan dan eksperimentasi
di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi
dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak
tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran
secara kendiri.
Dalam pendekatan
konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang
penting dan guru bertindak sebagai fasilitator.
Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea
dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik,
kanak-kanak biasanya akan diajar dengan
menggunakan benda-benda
konkrit supaya mereka
memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.
Secara kesimpulannya,
kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan
sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan
pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan
boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep
dan tindakan-tindakan
berguna berpandukan kepada keadaan
dan masa
yang diperlukan.
PENUTUP
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.
PENUTUP
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.
Menurut pandangan konstruktivime,
kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan
sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit
sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan
matematik masa kini. Matlamat pendidikan
matematik adalah untuk melahirkan warga yang
bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi
dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum
ini.
Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif.
Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah
pengajaran supaya dapat membuka minda
kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan
seharian.
Dipetik dari: